|VIDEO| Kotak Nelayan - Infiniti

|VIDEO| Kotak Nelayan

Pada masa dahulu, golongan nelayan di sebelah Pantai Timur Tanah Melayu akan ke laut dengan membawa sebuah kotak perkakasan yang di tukang khas untuk kegunaan mereka di tengah laut.

Ia bagaikan tidak lengkap jika perjalanan mereka mencari rezeki di tengah laut tanpa membawa kotak serba guna tersebut.

Lokasi mereka mencari rezeki di tengah lautan luas dan jauh dari daratan menjadikan nelayan tradisional Melayu berfikir dengan lebih kreatif dan ke hadapan dengan mencipta sebuah kotak perkakasan pelbagai guna malah, boleh membantu ketika dalam situasi kecemasan.

Diperbuat daripada sebongkah kayu, biasanya ia diperbuat daripada jenis kayu nangka atau kayu angsana ringan menjadikan ia mudah dibentuk atau terapung di dalam air.

Bahagian dalam kotak ini.

Kotak nelayan ini dibuat khas dengan kemahiran seni tinggi bagi menjadikannya kalis air, dan berupaya melindungi barangan disimpan daripada rosak sewaktu berada di laut.