(EKSKLUSIF) Buah Acorn dalam filem Ice Age dijumpai di Genting Highland! - Infiniti

(EKSKLUSIF) Buah Acorn dalam filem Ice Age dijumpai di Genting Highland!

Sahih dan benar! Kewujudan sejenis buah yang sentiasa dipegang oleh seekor tupai (Scrat) dalam filem animasi terkenal, Ice Age wujud di kawasan hutan hujan berusia 130 tahun di Genting Highland, Pahang.

Kewujudan ini disahkan oleh seorang pakar alam semula jadi dari TREK, Eddy Chan ketika membawa rombongan media melawati hutan fesyen di Awana Biopark, baru-baru ini. Menurut beliau, kewujudan buah istimewa ini mula dijumpai sejak dua hingga tiga tahun lepas.

Hasil penyiasatan lanjut menunjukkan, terdapat sejenis spesies pokok Oak di kawasan tanah tinggi tersebut. Jelas Eddy, beliau percaya kewujudan pokok berkenaan dari spesies Montane Oak mungkin menjawab persoalan penemuan buah Acorn.

Antara buah Acorn yang berjaya dijumpai. (Foto Eddy Chan).

Selain itu, beliau turut mengesahkan bahawa spesies pokok ini tumbuh secara semula jadi di dalam hutan berkenaan. Tambahnya lagi, pokok ini dikesan tumbuh pada kedudukan aras ketinggian hutan 3,000 kaki hingga 6,000 kaki pada paras laut.

Eddy menunjukkan beberapa biji buah Acorn di Awana Biopark. (Foto Eddy Chan).

Secara saintifik tumbuhan yang hidup pada aras ketinggian ini dikategorikan dalam kumpulan pokok balak gunung atau a upper dipterocarp.

Buah Acorn yang belum matang. (Foto Eddy Chan).

Dalam kawasan Awana Biopark, terdapat dua variasi warna buah Acorn iaitu coklat dan hijau. Difahamkan, pokok dari spesies Montane Oak akan mengeluarkan buah sekali sahaja pada setiap tahun.

Jadi sesiapa yang ingin melihat sendiri bolehlah berkunjung ke hutan fesyen di Awana Biopark, Genting Highland.