|DOKUMENTARI KHAS| Misteri Negeri Dalam Negeri - Infiniti

|DOKUMENTARI KHAS| Misteri Negeri Dalam Negeri

Walaupun ada pelbagai teknologi moden namun, kepentingan rumah api seperti ini masih lagi penting kerana ia berada di kedudukan strategik laluan kedua tersibuk di dunia.

Sejak 100 tahun lalu, kawasan ini merupakan cerutan daratan yang perlu dipantau untuk sebarang aktiviti dilaut. Hal ini kerana, di kawasan paling sempit ini mempunyai kawasan cetek yang berbatu karang selain faktor pusaran air.

Menurut maklumat sejarah yang diperoleh memberitahu INFINITI bahawa, faktor pusaran air telah menjadi faktor utama kenapa Rumah Api ini didirikan.

Berdasarkan kepada maklumat sejarah berkenaan, pernah berlaku satu peperangan antara Portugis dengan Belanda di kawasan perairan ini. tragedi ini berlaku sekitar tahun 1606. Kejadian perang Cape Rachado adalah kemuncak kempen belanda menyekat kuasa Portugis dari bumi Melaka dan Asia Tenggara sejak tahun 1602 lagi.