|DOKUMENTARI KHAS| Lambaian Api Cape Rachado - Infiniti

|DOKUMENTARI KHAS| Lambaian Api Cape Rachado

Jika anda pernah menelusuri laut Port Dickson pada waktu malam, tentu ada biasa nampak lambaian cahaya Cape Recardo atau Tanjung Tuan.

Bangunan rumah api ini merupakan sesuatu yang begitu sinonim dengan kawasan berkenaan. Malah rumah api ini telah menyaksikan perjalanan laut yang begitu panjang dalam sejarah Malaysia dan antarabangsa.

Selat Melaka, sejak dulu hingga sekarang, tidak pernah sunyi daripada kapal. Kesibukan selat ini adalah yang kedua tersibuk di dunia selepas Selat Inggeris.

Kedudukan kesibukan itu cukup untuk menunjukkan peri petingnya Tajung Tuan kepada pelaut dan dunia. Sebelum kawasan ini dinamakan sebagai Tanjung Tuan, ia terlebih dahulu memakai nama Cape Rachado.

Nama itu diberikan oleh pelaut Portugis yang bermaksud Tanjung Patah. Menurut beberapa pendapat awam mengatakan, nama itu diberikan oleh Portugis disebabkan oleh kedudukan geografi tanjung berkenaan iaitu tanjung yang patah daripada tanah Melaka.